Kenapa perlu susah payah jika semuanya telah pun ditakdirkan?

Kenapa perlu susah payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, "Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya." Bertanya salah seorang sahabat, "Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?"

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, "Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10 [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, "Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, dan dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. "

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya"

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, "kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan..sebaliknya tanyalah diri sendiri apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.

Wallahualam.

*via cicakjantan

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hoho.apa la takdir ku yg akan dtg?
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Ye betul.... memang banyak dugaan sebelum kita betul2 bertemu dgn jodoh sebenar kita... harus bersyukur dgn kehadiran nya... walaupun tak seperti yg kita harap2 kan...
4 replies · active 808 weeks ago
byknye dugaan
asyik nk bergaduh je
kdg tu rse fed up nk teruskan hubungan ni
nape pmpn yg sllu kne mengalah
nape laki x nk akui yg dorg jugak silap
nape kte yg kena mntk maaf dlu dan akui slh kte
sedgkn dorg ego x nk akui kesilapan dorg dh tu ble dipujuk wat poyo x nk lyn kte
aku melepaskn kesakitan jiwa raga ku di sini
huasheng.... dah kawin ke belum ni... kalau belum... cepat2 ler cari jodoh... kalau dah kawin.. hhehhe cepat2 ler cari anak...
haha.blm kawen lg.tgu sis yatie kawen dl.

=P
"ya Allah..jika dia benar untuk ku dekatkan lah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan milikku..damaikan lah hatiku dengan ketentuanMU."
ya Allah peliharalah hubungan kami sehingga ke saat yg Kau redhai
sgt tension dgn assignment dan dunia bercinta ni
tlg la aku Ya Allah
ble la semua ni akn berakhir

Post a new comment

Comments by